Thursday 13 December 2012

Mendidik anak istimewa


MENDIDIK anak istimewa bukan perkara mudah. Ibu bapa atau individu yang bertindak menjaga serta mendidik mereka wajar mempunyai kesabaran yang tinggi dalam usaha membentuk keperibadian dan keyakinan si anak menguruskan diri.


Kerjasama dan persefahaman antara ibu bapa dan penjaga amat diperlukan bagi memastikan insan istimewa ini mendapat hak sebaiknya dalam menjalani kehidupan harian baik di rumah mahu pun di pusat penjagaan harian.

Itulah yang dipraktikkan di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), kemudahan untuk membimbing dan mendidik anak istimewa supaya mereka mampu berdikari menguruskan diri.

PDK Taman Sri Gombak yang mula beroperasi pada 31 Julai 2007 umpamanya mempunyai cara khusus membentuk penghuni istimewa menjalani kehidupan dengan gembira selain mengajar lebih 60 penghuninya ketika ini kemahiran hidup sebagai bekalan diri.

"Tidak semua mengunjungi pusat ini setiap hari. Hanya 48 orang yang datang mendapatkan penjagaan, manakala selebihnya tinggal di rumah dan kami akan mengadakan lawatan setiap minggu untuk pemantauan.

"Sama ada mereka datang ke sini atau tinggal di rumah dengan ibu bapa, latihan yang diberikan adalah sama, cuma lokasinya saja berbeza," kata Pengerusi PDK Taman Sri Gombak, Yuszahari Mohd Yusof.

Penyelianya, Zaharah Ali berkata, penghuni PDK berkenaan antaranya adalah sindrom down, mengalami masalah pembelajaran, autisme dan cacat pendengaran serta beberapa masalah lain, yang diselia oleh beliau dan tiga pembantu khas.

"Mereka berada di pusat ini selama empat hari seminggu dan kami bertanggungjawab memantau ketika mereka berada di sini. Pelbagai latihan dan senaman diberikan untuk menjadikan mereka cergas dan sihat selain memastikan keperluan mereka tidak diabaikan.

"Begitu juga dengan peserta istimewa lain yang berada di rumah, kami memastikan mereka mendapat latihan dari segi pergerakan fizikal yang betul daripada ibu bapa," katanya.

Beliau berkata, selain kesungguhan diberikan penyelia terhadap penghuni rumah berkenaan, ibu bapa juga perlu memberi kerjasama bagi membolehkan individu kesayangan mereka membesar dengan ilmu yang boleh membantu mereka pada masa depan.

"Selain menyediakan penghuni dengan latihan fisioterapi di rumah, kami juga membawa mereka melawat ke lokasi rekreasi yang dikira bersesuaian dengan keadaan mereka seperti ke pusat akuatik untuk latihan renang atau menjalani sukan berkuda, yang berguna untuk kecergasan fizikal mereka.

"Jika mendapat kerjasama ibu bapa, ini lebih bagus kerana ia membantu mempermudahkan tugas kami mengendalikan penghuni PDK," katanya.

Selain itu, Zaharah juga turut mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa atau masyarakat setempat sama ada dalam bentuk kewangan mahu pun tenaga kerana paduan tenaga antara masyarakat, ibu bapa dan pengendali akan membuahkan hasil yang lebih berkesan.

Down Syndrome


What is Down syndrome?
Down syndrome is a set of physical and mental traits caused by a gene problem that happens before birth. Children who have Down syndrome tend to have certain features, such as a flat face and a short neck. They also have some degree of intellectual disability. This varies from person to person. But in most cases it is mild to moderate.

Down syndrome is a lifelong condition. But with care and support, most children who have Down syndrome can grow up to have healthy, happy, productive lives.

What causes Down syndrome?
Down syndrome is caused by a problem with a baby?s chromosomes. Normally, a person has 46 chromosomes. But most people with Down syndrome have 47 chromosomes. In rare cases, other chromosome problems cause Down syndrome. Having extra or abnormal chromosomes changes the way the brain and body develop.

Experts don't know the exact cause, but some things increase the chance that you'll have a baby with Down syndrome. These things are called risk factors.

Your risk of having a baby with Down syndrome is higher if:

You are older when you get pregnant. Many doctors believe that the risk increases for women age 35 and older.
You have a brother or sister who has Down syndrome.
You had another baby with Down syndrome.
If you've had a baby with Down syndrome and are planning another pregnancy, you may want to talk to your doctor about genetic counseling.

What are the symptoms?
   
Most children with Down syndrome have:

Distinctive facial features, such as a flat face, small ears, slanting eyes, and a small mouth.
A short neck and short arms and legs.
Weak muscles and loose joints. Muscle tone usually improves by late childhood.
Below-average intelligence.
Many children with Down syndrome are also born with heart, intestine, ear, or breathing problems. These health conditions often lead to other problems, such as airway (respiratory) infections or hearing loss. But most of these problems can be treated.

How is Down syndrome diagnosed?
Your doctor may suggest that you have tests during pregnancy to find out if your baby has Down syndrome. You may decide to have:

Screening tests, such as an ultrasound or a blood test during your first or second trimester. These can help show if the developing baby (fetus) is at risk for Down syndrome. But these tests sometimes give false-positive or false-negative results.
Diagnostic tests, such as chorionic villus sampling or amniocentesis. These can show if a baby has Down syndrome. You may want to have these tests if you have abnormal results from a screening test or if you are worried about Down syndrome.
Sometimes a baby is diagnosed after birth. A doctor may have a good idea that a baby has Down syndrome based on the way the baby looks and the results of a physical exam. To make sure, the baby?s blood will be tested. It may take 2 to 3 weeks to get the test results.

Cara mendidik anak autisme


AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.

Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‘pelik’, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.

Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.

Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.


Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.
Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti.

Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah.

Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:


 Tidak menghiraukan orang lain

 Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

 Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap

 Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)

 Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran

 Lebih suka bermain sendiri

 Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi

 Lambat bercakap

 Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

 Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

 Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

 Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)

 Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya

 Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa

 Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan

 Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek

 Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan

 Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

 Tidak boleh duduk diam

 Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)

 Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri

 Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk

Menurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu:

 Kurang tumpuan kepada persekitaran

 Sering ada dalam dunia sendiri

 Kadangkala pertuturan tidak jelas

 Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran

“Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.

“Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,” katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif:

 Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya

 Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau ‘buat perangai’)

 Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas)

 Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian)

 Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek

 Cuba ‘mengambil balik’ kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa)

 ‘Stimming’ — perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lain

Apa yang boleh dilakukan guru?

Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:

 Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah.

Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.

 Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.

 Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak.

 Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.

Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya.

 Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa.

Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‘negatif’.

 Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.

 Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri.

 Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.

“Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme,” katanya.

Autisme


Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas.

Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.

Sekaligus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung kepada penghidapnya.

Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka…

Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang  kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

Ciri-ciri secara ringkas anak autisme yang boleh dikenalpasti

Adakah Suntikan Vaksin Berhubungkait Dengan Autisme ?

Kebanyakkan media mendakwa bahawa Vaksin MMR (measles, mumps dan rubella) sebagai salah satu punca kepadanya. Vaksin tiga serangkai ini lazimnya diberikan kepada bayi yang berumur di 12 bulan ke atas. Ini berikutan daripada meningkatnya jumlah pesakit Autisme di Amerika Syarikat yang jauh lebih awal memperkenalkan vaksin MMR berbanding UK dan Malaysia sendiri.

Namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan untuk mengesahkan kesahihan perkara ini.

Apa Yang Ibubapa Harus Lakukan…

Tingkatkan kesedaran untuk mengesannya dari awal dengan memberi kaedah pendidikan sesuai masalah anak autisme mampu diuruskan dengan baik. Teknik pengecaman yang paling MUDAH untuk dikenalpasti simptom ini oleh para ibubapa ialah dengan membawa mereka untuk bergaul dalam kumpulan kecil.

Rasionalnya, anak-anak akan mula belajar bagaimana untuk berkomunikasi, bekerjasama dan berada dalam suasana yang sedikit riuh daripada biasa dalam aktiviti berkumpulan ini.

Lantas, perhatikan karektor dan bagaimana tindakbalas komunikasi mereka sesama rakan yang lain ketika di dalam kumpulan. Semakin awal dikesan, semakin mudah untuk kita bawa mereka ‘keluar’ daripada zon gangguan ini.

Takut-takut jika ianya tidak diatasi sejak awal, gejala ini akan melumpuhkan proses pembelajaran mereka kelak. Walaupun fizikal mereka nampak normal, tetapi hakikatnya tidak.

Sertai Kumpulan Kecil Yang Santai & Kreatif Bersama Kami Secara PERCUMA …

Atas dasar keprihatinan kami terhadap perkembangan pendidikan awal kanak-kanak secara menyeluruh, pihak kami Excel Qhalif menyediakan sebuah program yang bertangungjawab mengumpulkan satu kumpulan kecil khusus bagi memberi ruang kepada anak-anak di bawah usia tadika iaitu 2 tahun hingga 4 1/2 tahun bersama ibubapa belajar dan bermain bersama-sama. Objektifnya untuk melatih kemahiran komunikasi sosial anak-anak seawal mungkin yang mampu meningkatkan keyakinan diri anak-anak dalam bergaul.

Diharapkan program ini mampu menjadi sebagai pelengkap keinginan berkawan dan bermain anak-anak kecil kita yang dahagakan ilmu sejak lahir lagi. Diolah mengikut keperluan mengasah kemahiran motor kanak-kanak, insha’Allah program ini mampu membentuk minda mereka lebih kreatif dan berkembang.

Friday 23 November 2012

Masalah Komunikasi Murid Pendidikan Khas



Komunikasi ialah satu proses di mana informasi dipindahkan di antara dua atau lebih individu. Komunikasi melibatkan mana-mana tingkah laku perlakuan sama ada disengaja atau tidak disengaja dan mempunyai maksud terhadap seseorang mengenai emosi atau fisiologi seseorang (Dunst, Lowe & Bartholomew 1990). Komunikasi melibatkan  dua hala iaitu orang yang memberi isyarat dan orang yang mentafsir isyarat. Komunikasi mempunyai dua bentuk iaitu, lisan dan bukan lisan. Terdapat empat elemen dalam proses komunikasi iaitu penutur mesej, penerima mesej, hasrat bersama untuk komunikasi dan kaedah untuk berkomunikasi.
            Komunikasi boleh dilakukan dalam tiga bentuk iaitu auditori dengan menggunakan alat artikulasi seperti lidah, bibir, gusi, lelangit dan sebagainya. Kemudian, boleh ditayangkan melalui visual grafik iaitu menggunakan gambar-gambar ataupun video. Yang ketiga melalui visual gestural  iaitu menggunakan pergerakan badan dan muka  ataupun bahasa badan.
Manakala, bahasa merupakan campuran kebolehan yang diperlukan untuk berkomunikasi berbahasa atau pengeluaran perkataan. Menurut Heward, W.I & Orlansky, M.D (1980), Bahasa adalah satu sistem yang digunakan oleh sekumpulan manusia untuk memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Manakala,  menurut Bloom & Lahey (1978) Bahasa ialah pengetahuan menggunakan simbol untuk menggerakkan idea dan pendapat. Penggunaan bahasa membolehkan kita menggenalkan sesuatu objek, peristiwa atau peristiwa tanpa (reproducing) penghasilan semula.
Bagi ahli linguistik pula, definisi bahasa haruslah  ditinjau dari sudut struktur dan fungsinya. Bloch dan Trager misalnya mentakrifkan bahasa sebagai satu system lambing pertuturan yang arbitrari digunakan oleh sesebuah masyarakat  sebagai alat untuk berhubung dan bekerjasama. Dengan definisi ini jelaslah bahawa bahasa itu adalah pertuturan. Ini bersesuaian dengan pendapat Fries yang mengatakan bahawa 85% daripada bahasa digunakan adalah pertuturan. Bahasa tulisan adalah bahasa juga, tetapi dianggap sebagai secondary language. Di dalam pertuturan terhimpun berbagai-bagai aspek bahasa, iaitu pertuturan merangkumi aspek-aspek perkataan, rangkai kata, ayat, bunyi, intonasi, hentian, tekanan, nada dan sebagainya yang tidak tergambar  secara jelas melalui tulisan. Dengan demikian, kajian bahasa menjadikan pertuturan sebagai data utama di samping juga bahan bertulis.
Pertuturan pula ialah tingkah laku untuk menghasilkan kod bahasa dengan membuat bentuk bunyi vokal yang sesuai (Hubbell, 1985;, Howard, W.L, 1996). Suara pertuturan dihasilkan daripada empat produk melalui proses yang berkaitan iaitu pernafasan, bunyi, resonasi dan juga artikulasi.
Menurut American Speech- Language- Hearing Association(ASHA) iaitu sebuah pertubuhan di Amerika yang arif dalam mengendalikan masalah bahasa telah mendifinasikan kecelaruan bahasa sebagai kelemahan dalam sebutan serta penggunaan bahasa lisan di mana ia melibatkan suara, bunyi-bunyi pertuturan serta kelancaran semasa berkomunikasi. Kecelaruan ini berbentuk samada bahasa dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis), dari segi makna bahasa itu sendiri (semantik) dan juga fungsi bahasa (pragmatik).
Pemerhatian
Murid berkeperluan khas adalah mereka yang istimewa dan perlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Pada tahun 1977 satu peruntukan di bawah perlembagaan Amerika Syarikat             (Public Law 94 – 142) diluluskan bagi mengiktiraf hak kanak-kanak Amerika yang mengalami masalah pembelajaran. Ia khusus bagi mendapatkan pemeriksaan serta kaedah yang bersesuaian bagi menangani masalah mereka. Dalam tahun 1981 England dan Scotland meluluskan Akta Pendidikan yang menyatakan bahawa semua kanak-kanak yang mengalami apa jua jenis masalah pembelajaran wajar mendapat pemeriksaan dan bantuan yang sesuai dengan keperluan khas mereka.

Di Malaysia, pendidikan murid berkeperluan khas diletakkan di bawah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara umumnya disleksia merujuk kepada masalah persepsi dalam otak yang menyebabkan kesukaran membaca dan menulis bahasa. Murid disleksia sering tidak dapat membaca walaupun mereka mempunyai IQ yang tinggi atau sama dengan murid normal.

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation             Of Neurology, 1968).
Kebiasaannya penghidap disleksia ini dapat di kesan pada peringkat awal persekolahan. Ini kerana pada peringkat ini mereka baru mula di dedahkan dengan pembelajaran. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam pembelajaran seperti lambat membaca dan sukar menulis dengan baik. Mereka sering keliru di antara huruf-huruf dan sering mengurang atau menambah sesuatu perkataan ketika membaca. Sukar untuk memberikan perhatian terhadap pembelajaran. Oleh sebab itu kanak-kanak disleksia sukar menghabiskan kerja yang diberi kepada mereka. Mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain. Kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan,mengalami kecederaan di kepala,anak kembar dan ibu yang sudah berumur semasa melahirkan mempunyai risiko yang tinggi menghidap disleksia. Masalah disleksia ini juga boleh berlarutan sehingga dewasa.
Disleksia sebenarnya berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan pada struktur otak. Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin, berkata disleksia adalah disebabkan perbezaan otak memproses tulisan dan pertuturan.
Setelah membuat pemerhatian selama lima hari di kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Di Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas, Kota Bharu. Saya tertarik dengan seorang kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran. Memiliki perwatakan yang agak menarik dan agak susah untuk didampingi. Ali (bukan nama sebenar) merupakan kanak-kanak yang berusia berusia 10 tahun dan disahkan oleh pegawai perubatan sebagai Bermasalah Pembelajaran Saintifik atau lebih dikenali sebagai disleksia. Jika dilihatkan dari segi fizikal, kita tidak akan menyangka dia mempunyai masalah disleksia kerana tidak ada tanda-tanda fizikal yang zahir kita dapat lihat tentang kekurangan tersebut.
Menurut maklumat sulit murid. Selain mengalami masalah disleksia, Ali juga mengalami masalah terencat akal yang minima. Ali seorang kanak-kanak yang boleh mengurus diri sendiri dan dapat dididik kerana tahap kecerdasannya berada pada tahap yang sederhana. Pakar perubatan telah mencadangkan supaya Ali ditempatkan di sekolah khas terencat akal. Pada tahun 2008 Ali telah mendapat tawaran penempatan persekolahan murid berkeperluan khas di Sekolah kebangsaan Tanjong Mas bagi kategori Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran. Sebelum ditempatkan di sekolah ini. Ali telah pun mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra (2), Kota Bharu sehingga tahun 3 sebelum dikesan menghadapi masalah dari segi pembelajaran.
.“Tiada statistik mengenai disleksia di Malaysia namun dianggarkan antara empat hingga lapan peratus kanak-kanak pada usia persekolahan berhadapan dengan disleksia manakala kanak-kanak lelaki lebih cenderung berhadapan dengan masalah itu berbanding kanak-kanak perempuan.” Presiden Persatuan Disleksia Malaysia.
Hasil pemerhatian saya terhadap Ali, dia seorang yang pendiam dan agak pasif berbanding kanak-kanak yang lain. Semasa berada dalam kelas dia tidak bercampur dengan orang lain dan membuat hal sendiri. Dia mempunyai masalah bersosial dengan rakan-rakan mungkin kerana untuk memulakan sesuatu perbualan atau pun komunikasi agak sukar baginya kerana perlu mengatur ayat dan untuk melahirkan sesuatu perkataan. Ketika diajukan soalan kepadanya, jawapan yang diberi tidak memuaskan. Kadang-kadang perkataan yang dituturkan tidak berapa jelas dan hanya dapat menyebut suku kata akhir sahaja. Ini akan membuat penerima keliru dengan perkataan tersebut. Walaupun pada zahirnya komunikasi telah berlaku tetapi hakikatnya tidak kerana apa yang diterima tidak menepati tuntutan soalan tersebut.
Saya juga mendapati, apabila dia ingin menyebut sesuatu perkataan dia teragak-teragak dan kerap mengulang-ulang menyebut perkataan itu. Di sini, hasilnya dapatan saya menunjukkan Ali  mempunyai kecelaruan bahasa iaitu masalah gagap semasa berkomunikasi. Bagi kanak-kanak ini mereka cenderung untuk menulis huruf tersebut secara terbalik. Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada mengeja, membaca, menulis, mendengar serta menaakul. Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Disamping itu juga, saya mendapati Ali mengalami kesukaran untuk membezakan perkataan yang mempunyai bunyi yang hampir sama seperti ‘pasu’ dan ‘paku’.
Dia juga tidak dapat membezakan warna. Saya dapat melihat situasi ini apabila guru memberikan satu gambar seorang polis dan menyuruhnya mewarna gambar tersebut dengan warna biru. Lalu, dia mengambil pensel warna hijau. Apabila ditanya warna pensel warna itu dia memberitahu guru tersebut itu adalah warna biru. Jelaslah di sini, kanak-kanak ini juga mempunyai masalah dari segi membezakan warna.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, saya melihat Ali tidak dapat memberi tumpuan terhadap guru tersebut. Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan, guru terlebih dahulu menerangkan apa yang perlu dibuat. Selepas itu murid akan membuat aktiviti tersebut secara individu contohnya mewarna dan memadankan gambar yang sama. Apabila melakukan aktiviti memadankan gambar tersebut dia tidak dapat lakukan kerana perkara yang diajar oleh guru terbabit sudah pun hilang dalam benak ingatannya. Selain itu, saya juga perhatikan Ali tidak boleh menerima arahan yang terlalu kompleks ini kerana ini akan membuatkan dia berasa keliru dan membuatkan dia hilang punca apa yang harus dilakukan.
Ali juga mempunyai daya ingatan yang rendah dan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap sesuatu perkara. Bagi subjek yang melibatkan proses penaakulan pula seperti matematik dia mempunyai masalah untuk menyusun nombor-nombor. Semasa mengira pula, dia akan menggunakan jari-jarinya, kadang-kadang hasil kiraannya akan terlebih dan terkurang dan dia akan megulang-ngulang pengiraannya. Jika guru itu menggunakan nombor yang lebih besar dia akan meninggalkan kerana baginya susah untuk dikira dan dia terbiasa dengan nombor-nombor yang kecil.
Semoga murid-murid disleksia yang sedang kita didik sekarang adalah bakal menjadi tokoh-tokoh terkenal negara dan dunia di satu masa nanti.

 Kekuatan dan Kelemahan

Ali mempunyai masalah fonologi iaitu kesukaran membezakan perkataan yang mempunyai bunyi yang hampir sama. Kesukaran ini bukanlah disebabkan oleh masalah pendengaran, sebaliknya berkaitan dengan pemprosesan maklumat di dalam otak (Farrer, 1996). Fonologi merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan bunyi.
Selain itu juga, Ali mempunyai kelemahan dari segi mengeja dan kesukaran untuk membina suku kata. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti d-b, s-h dan sebagainya. Tahap penguasaannya dalam 3M amat rendah dan memerlukan bimbingan yang sewajarnya daripada pihak guru mahupun ibu bapa.
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kanak ini merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Kanak-kanak disleksia bukan kanak-kanak lembam atau bodoh, mereka cuma kurang kemampuan dari segi pembelajaran. Namun, itu tidak bermakna mereka akan gagal dalam hidup. Mereka masih boleh belajar dan diajar dengan formula dan strategi yang mampu mengubah hidup mereka.
Dia juga mempunyai kelemahan dari segi penyusunan bersiri seperti dalam kiraan nombor dan juga perkataan. Contohnya, kesalahan menulis namanya sendiri iaitu mengeja namanya dengan mendahulukan huruf yang sepatutnya dikemudiankan begitu juga dengan bilangan nombor. Selain itu, dia juga mempunyai kelemahan mengingat sesuatu perkataan. Contohnya, nama ibunya. Dia akan memberitahu nama ibunya adalah mak. Apabila diajukan soalan juga, dia akan kaku dan membisu tanpa mempedulikan pertanyaan itu. Biasanya kanak-kanak disleksia boleh mengeja dengan betul tetapi kedudukan perkataan itu tunggang terbalik atau tertinggal huruf vokal. Misalnya perkataan tiap-tiap ditulis sebagai tipa-tipa. Apabila guru menyebut 13, kanak-kanak disleksia akan menulis 31. Jika guru meminta mereka mengeja perkataan diam mereka menulis d i y a m, kalau disebut di - am, barulah ditulis
Dia mempunyai daya ingatan yang rendah ataupun ingatan jangka pendek. Dia tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap sesuatu perkara. Dia menghadapi masalah memproses maklumat yang baru masuk dan pada masa yang sama mengambil maklumat dari stor di mana maklumat yang digunakan disimpan. Dia juga tidak boleh menerima arahan yang panjang kerana arahan yang kompleks itu akan membuatnya hilang punca kerana lupa apa yang arahan nyatakan dan apa yang perlu dibuat.
 Kanak-kanak disleksia bukan kanak-kanak lembam atau bodoh, mereka cuma kurang kemampuan dari segi pembelajaran. Namun, itu tidak bermakna mereka akan gagal dalam hidup. Mereka masih boleh belajar dan diajar dengan formula tertentu dan itu bukanlah masalah jika mereka diberi peluang untuk belajar. Ada kanak-kanak disleksia yang berjaya hingga ke peringkat universiti dan berjaya dalam hidup seperti Leonardo da Vinci, Albert Einstein dan ramai lagi.
Kelemahannya juga dari segi bersosial dan kurang bergaul dengan rakan sekelasnya menjadikannya seorang yang pendiam dan agak pasif. Secara langsung akan menyebabkannya mempunyai masalah berkomunikasi dengan baik dan bahasanya tidak dapat dikembangkan. Komunikasi melibatkan mana-mana tingkah laku perlakuan sama ada disengaja atau tidak disengaja dan mempunyai maksud terhadap seseorang mengenai emosi atau fisiologi seseorang (Dunst, Lowe & Bartholomew 1990).
Dia juga cenderung untuk menulis terbalik dan keliru dengan huruf yang nampak sama seperti huruf ‘b’ dan ‘p’. Imej huruf ini dipindahkan dari hemisfera otak kiri ke hemisfera otak kanan silih berganti (berulang alik), sambil otak membuat keputusan ianya adalah ‘b’ ataupun ‘p’. Pemindahan silih berganti ini menyebabkan laluan antara otak kiri dan kanak menjadi sesak dan mengambil masa yang lama sehingga menyebabkan kesan seperti ‘imej cermin’ bagi huruf-huruf ini. Ramai pakar disleksia percaya bahawa masalah ini timbul kerana kedua-ua bahagian otak mempunyai bahagian yang sama besar manakala bagi orang yang normal bahagiab kiri otak lebih besar daripada bahagian kanan. ‘Pandangan atas kawasan peprosesan bahasa dalam kedua-dua hemisfera otak mereka yang normal’ (Hornsby, 1995).
Dia juga mempunyai masalah pertuturan. Apabila menuturkan sesuatu perkataaan, bunyi perkataannya tidak jelas dan susah untuk difahami.seperti yang kita tahu otak kita mempunyai dua bahagian. Setiap bahagian mempunyai peranan dan tugasnya yang tersendiri. Bahagian kiri otak menguasai percakapan, kewarasan dan merupakan bahagian yang lebih berkuasa daripada bahagian sebelah kanak. Manakala bahagian sebelah kanak pula menguasai perlakuan dan merupakan bahagian pemikiran bukan lisan, praktikal dan kebolehan memahami.
Walaupun dia mempunyai banyak kelemahan namun, dalam kelemahannya ada ada kekuatan yang kita sendiri tidak sedar. Antara kekuatannya adalah dia dapat bertutur dan mengeluarkan bunyi-bunyi pertuturan walaupun bunyi-bunyi yang dihasilkan itu susah untuk difahami oleh orang lain terutamanya guru dan rakan-rakannya. Disleksia boleh terjadi pada peringkat yang sangat lemah (mild), sederhana atau teruk. Namun, perlu diketahui tiada ubat untuk menyembuhkan disleksia melainkan kesabaran dalam mengajar mereka, memberi mereka sokongan dan bantuan sedaya upaya.
Selain itu, dia juga dapat memegang pensel dan dapat menulis walaupun tulisannya nampak buruk dan tunggang-terbalik. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Tambahan pula, Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Disamping itu juga, dia mempunyai kemahiran untuk mengira dan menyebut nombor walaupun tidak mengikut susunan yang betul. Keadaan ini menyebabkan tumpuan dan pemahaman kanak-kanak ini lemah dalam aspek bacaan, dan seterusnya akan menjadikan mereka tidak memahami apa yang dibaca.
Tambahan lagi, dia dapat menyebut sesuatu suku kata. Biasanya dia dapat menyebut suku kata yang terakhir contohnya, perkataan ‘makan’. Dia hanya dapat menyebut suku kata yang kedua iaitu ‘kan’. Bantuan dan bimbingan daripada guru amat diperlukan seperti membuat latihan dan sentiasa menyuruhnya melibatkan diri dalam aktiviti membaca dan sentiasa bacakan buku cerita yang menggunakan bahasa dan perkataan yang mudah agar mereka dapat meningkatkan lagi penguasaan bahasa mereka. Dalam pada itu juga, Ali seorang yang dapat menerima arahan, tetapi arahan yang diberikan haruslah ringkas dan padat. Contoh, seorang guru telah menyuruhnya meletakkan buku di atas meja di dalam bilik guru. Guru itu menggunakan arahan yang ringkas dan dapat difahami oleh Ali. Ali dapat melakukannya kerana dia tidak keliru dengan arahan yang diberikan.
Ali juga seorang yang mudah mengingati sesuatu perkara walaupun dalam masa yang singkat. Contohnya, guru itu telah mengajar mengenai pengangkutan di darat dan di air. Sebagai latihan, guru itu menyediakan bebrapa keping gambar dan menunjukkan contoh sebelum memberi arahan supaya meletakkan gambar di tempat yang sesuai. Apabila guru itu menyoalnya pada kali pertama dia dapat jawab, tetapi pada kali kedua dia tidak dapat jawab dan memberi jawapan yang salah. Jadi, Ali hanya dapat mengingat sesuatu perkara dalam masa yang singkat.
Jelaslah kita dapat lihat di sini, walaupun kanak-kanak ini mempunyai kelemahan namun,  sebaliknya mereka juga mempunyai kekuatan pada diri mereka dan mampu untuk menjadi insan yang berjaya dengan bantuan daripada pihak terdekat seperti ibu bapa dan guru kerana mereka juga berhak mendapat kecemerlangan seperti kanak-kanak normal yang lain.
Cadangan-cadangan
Disleksia boleh terjadi pada peringkat yang sangat lemah (mild), sederhana atau teruk. Namun, perlu diketahui tiada ubat untuk menyembuhkan disleksia melainkan kesabaran dalam mengajar mereka, memberi mereka sokongan dan bantuan sedaya upaya. Sebagai langkah yang pertama, terutamanya ibu bapa dan guru haruslah peka terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak mereka supaya mereka tidak jauh ketinggalan jauh di belakang.
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, kognitif dan sosial. Jika dalam sesebuah kelas mengandungi kanak-kanak disleksia, kanak-kanak  itu perlu diberi tempat duduk yang yang paling hadapan di dalam bilik darjah. Dengan cara ini, guru dapat memerhatikan kanak-kanak tersebut secara berterusan bagi memastikan arahan guru dapat diikuti dengan jelas. Misalnya, apabila guru mengarahkan murid-murid memerhati teks di muka surat 32, kanak-kanak itu tidak akan tercari-cari dihalaman 23.
Bagi merawat masalah tersebut, ibu bapa hendaklah membawa anak berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan mengenal pasti tahap masalah yang dihadapi serta untuk meningkatkan potensi pembelajaran anak mereka.  Disamping itu juga, sebagai seorang guru kita perlulah kreatif dalam mengajar murid-murid supaya mereka tidak berasa bosan dan memberi tumpuan terhadap pengajaran yang diberikan. Khusus kepada kanak-kanak disleksia, untuk latihan pendengaran kita gunakan alat bantu mengajar yang sesuai seperti komputer dengan memasang muzik-muzik yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran untuk merangsang otak mereka supaya lebih aktif.
Selain itu, kita juga boleh menggunakan kaedah cermin. Seperti yang kita telah belajar, kanak-kanak ini cenderung melihat sesuatu dalam keadaan terbalik contohnya, huruf ‘b’ sebagai ‘d’. Semasa mengajar mereka, untuk mengenal huruf ‘b’. Guru itu haruslah menggunakan keadaan dan kedudukan badan yang sama seperti murid-murid. Jadi, supaya kedudukan guru itu sama dengan murid jika menulis dengan tangan kanan, guru itu haruslah memusingkan badannya menghadap papan hitam supaya murid-murid tidak akan keliru. Dengan cara ini, murid-murid akan meningkatkan kemahiran menulis mereka dan dapat membezakan anatara kiri dan kanan.
Tambahan lagi, guru juga boleh gunakan kaedah gerak bibir. Guru menyebut dahulu huruf dengan menggerakkan bibir dan kemudiannya membunyikan huruf yang digerakkan tadi. Menekankan huruf yang selalu membuatkan murid-murid itu keliru dan mengulang-ulang sehinggalah murid itu dapat menguasai kemahiran tersebut. Seterusnya, untuk meningkatkan kemahiran berbahasa juga, kita boleh membacakan buku-buku cerita dengan menggunakan laras-laras bahasa yang mudah difahami oleh murid. Kemudian, guru menyoal murid tersebut berdasarkan cerita yang disampaikan tadi. Dengan ini, kemahiran bahasa murid-murid dapat dipertingkatkan dan secara tidak langsung akan menggalakkan murid tersebut untuk berkomunikasi.
 Banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran tersebut. Khususnya, dalam mengingat perkataan. Jadi, guru boleh melatih mereka membaca ataupun menyebut perkataan dengan kuat dan betul. Dengan cara ini, ingatan mereka lebih kukuh dan mantap di samping dapat bertutur dengan baik. Selain itu, dalam aktiviti seharian. Untuk mengarahkan murid-murid kita melakukan aktiviti. Kita hendaklah menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh mereka kerana mereka tidak berupaya mengingati perkataan yang panjang di sebabkan oleh masalah memproses maklumat.
Guru juga boleh menggunakan kaedah latih tubi iaitu pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran). Kita boleh menggabung kesemua deria secara serentak ataupun menggunakan satu deria sahaja. Seperti menggunakan deria sentuhan, aktiviti yang dapat dijalankan adalah melakar huruf-huruf di atas pasir. Guru hendaklah menyebut bunyi daripada huruf-huruf. Murid melihat huruf yang ditulis oleh guru di papan hitam. Kemudian murid tersebut mengulang kembali huruf yang disebut dan menulis huruf di atas pasir.
Setelah semua aktiviti ataupun latihan yang diberikan tamat. Untuk memberi galakkan kepada mereka kita perlu mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai dan sebagainya. Ini akan menujukkan diri mereka dihargai. Menurut kajian saintifik berkaitan pelaziman klasik oleh Ivan Pavlov, beliau berpendapat tindak balas ada kaitan dengan proses peneguhan. Hal ini berkaitan bagaimana rangsangan semulajadi menjadi kebiasaan apabila sesuatu rangsangan kerap diberikan

Funny Animal